c

Persiapan 1 Misi Raya bersama E-Kelas

26 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Persiapan 1 untuk Misi Raya bersama e-kelas dimulakan dengan dekorasi ruang utama iaitu penghasilan tulisan ucapan Selamat Hari Gawai Raya yang menggunakan kad manila, anyaman ketupat daripada riben, pembersihan secara menyeluruh di setiap sudut ruang pusat internet serta menampal sampul raya pada dinding sudut. Para pelajar yang terlibat sangat memberi kerjasama yang padu dalam memastikan mereka menunjukkan kreativiti masing-masing. Penghasilan bunga DIY melalui pengajaran You Tube juga menjadikan agenda utama untuk memeriahkan sudut ruang.

Sesi persiapan 1 misi Raya bersama e-kelas dijalankan bermula pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Mereka sangat seronok kerana terlibat sama dalam misi ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali